Pages

Sunday, March 27, 2011

Ruhaniyyat: Hasrat memiliki hati yang broadband kepada Allah

DALAM dunia kepenggunaan Internet, perkhidmatan broadband (jalur lebar) menjadi idaman. Broadband menjanjikan hubungan 24 jam dengan dunia maya global. Namun pernahkan hubungan 24 jam dengan Allah menjadi suatu matlamat yang ingin dicapai?

Sungguh ironi. Saya sendiri berasa cukup kecewa, bengang dan geram apabila Internet terputus (disconnect). Bagaimanapun, hati yang sering disconnect dengan Tuhan tidak pula dibarengi dengan perasaan yang serupa. Sedangkan ketika solat pun sering disconnect, apalagi bila ke pasaraya, pantai, taman tema dan sebagainya.

Hati yang berhubungan dengan Allah dalam sebarang keadaan, masa dan tempat tentunya dimiliki oleh mereka yang istimewa di sisi Allah. Mereka malah disebut-sebut oleh Allah dalam firman-Nya sebagaimana dalam surah ali-'Imran ayat 190- 191.

Firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya tentang kejadian langit dan bumi dan perselisihan malam dan siang itu, ada beberapa tanda bagi orang yang mempunyai fikiran. Mereka yang menyebut nama Allah sambil berdiri, sambil duduk, dan sambil berbaring, mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhanku! Engkau tidak jadikan semua ini dengan sia-sia Maha suci Engkau! Dengan itu peliharakanlah kami dari api neraka."

Maksud surah an-Nisa' ayat 103, antara lain Allah berfirman dengan maksud, "Maka apabila kamu telah mendirikan solat, ingatlah pada waktu berdiri, duduk, maupun berbaring...."

Ayat-ayat di atas antara lain mengandungi saranan dan formula untuk sentiasa ingatkan Allah biarpun di luar waktu ibadah khusus atau mungkin diluar masjid. Lantaran langit, matahari, bulan, bintang, tumbuh-tubuhan dan binatang-binatang semuanya merupakan modal dan inspirasi untuk ingatkan Allah.

Tanda-tanda kebesaran Allah juga tersirat di balik kotaraya-kotaraya yang sarat dengan hutan batu. Allah cipta silika untuk dibuat gelas kaca bagi menghiasi kebanyakan bangunan moden. Allah turut mencipta besi, pasir, batu marmar dan lain-lain bahan-bahan pelengkap dalam pembinaan sesebuah bangunan.

Untuk kenderaan yang melata, Allah ciptakan getah sebagai bahan asas kepada tayarnya. Untuk makanan, Allah ciptakan tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang agar dimanfaatkan oleh manusia. Di sebalik roti canai ada pokok gandum yang Allah cipta. Di sebalik teh tarik, ada pokok teh yang Allah hidupkan!

Dan di sebalik pokok-pokok tersebut, Allah turunkan hujan sebagai syarat penting untuk tumbesarannya. Allah cipta matahari untuk membolehkan biji-biji gandum dan daun-daun teh tumbuh subur menerusi proses fotosintesis.

Dalam diri manusia sendiri sahaja dapat mencetuskan daya ingat dan zikir kepada Allah. Tangan dan kaki yang boleh bergerak, mata yang melihat, telinga yang mendengar, mulut yang berkata misalnya sungguh ajaib penciptaannya. Di samping sistem pernafasan, sistem penderiaan, sistem pencernaan, sistem perkumuhan dan lain-lain.

Pun begitu, untuk lidah mengucap 'subhanallah' dan 'alhamdulillah' dengan tanda-tanda kebesaran Allah tersebut tentunya memerlukan latihan dan kemahuan diri yang tinggi. Ia mesti dilazimi sehingga sebati di lidah dan di hati. Ini termasuklah doa masuk dan keluar tandas, doa sebelum dan selepas makan, istighfar, ucapan 'innalillahi wainna ilaihi raji'un' sewaktu ditimpa musibah dan lain-lain.

Allah juga telah sediakan program yang sistematik agar manusia tidak lekang ingatkan-Nya. Sebagai contoh, dalam sehari, Allah programkan lima kali solat fahdhu. Dalam seminggu, Allah programkan solat Jumaat yang diiringi khutbah. Dalam setahun, ada Ramadhan selama sebulan. Dalam seumur hidup, ada pula program haji dan umrah bagi yang berkemampuan.

Firman Allah yang bermaksud, "Kerana itu ingatlah kepada-Ku nescaya Aku ingat kepadamu dan bersyukurlah kamu kepada-Ku dan jangan kamu mengingkari nikmat-Ku." (Al-Baqarah: 152)

Hati yang ikhlas berzikir kepada Allah sudah tentu mendapat perhatian rahmat dan kasih sayang daripada Allah. Allah akan murahkan rezekinya dan mudahkan urusannya, di samping akan memberikan kekuatan kepada hati tadi untuk menapis segala bentuk khurafat dan menepis sebarang maksiat.

Hayatikan lagi kalam mulia yang bermaksud ini, "Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28)

Siapa lagi yang boleh mentenangkan jiwa manusia kalau bukan Allah? Apakah cara yang paling berkesan malah mempunyai kesan yang berpanjangan untuk mengecapi hati yang tenang kalau bukan dengan zikrullah? Kata orang, bila hati tenang, tempat yang sempit terasa lapang, bila hati resah, tempat yang lapang bagaikan terhimpit.

Nabi Muhammad s.a.w. pastinya model terbaik buat umat, malah bagi seluruh umat manusia. Dalam suatu riwayat oleh Imam Muslim, kata Aisyah r.a. yang bermaksud, "Adalah Rasulullah s.a.w. berzikir kepada Allah setiap masa."

Baginda s.a.w. yang berniaga, mengepalai rumahtangga, memimpin masyarakat dan negara itu terlalu sibuk dengan tugas menyampaikan risalah Islam di samping sibuk dengan amalan harian solat berjamaah, membaca al-Quran dan sebagainya.

Justeru, menyibukkan diri dengan solat lima waktu secara berjamaah, puasa, haji, baca al-Quran, menghadiri majlis ilmu dan tazkirah, berdakwah, mengamalkan doa-doa ringkas harian dan lain-lain insya-Allah akan membuka jalan untuk menghampiri status 'broadband' dengan Allah


Wednesday, March 23, 2011

Kini Ku d Bintulu,Sarawak

Salam utk Saudara2 Ku,


Pertama kali Alhamdulillah,segala puji bg Allah yg di mana Nikmatnyaa x pernah putus mula kta d ciptakan hinggalah sekarang ini masih kta menikmatinyaa,Alhamdulillah...

Sekarang sy dah d malaysia tempat ku d Lahirkan..

sudah setahun tiga bulan study d Bumi yaman,Alhamdulillah byk pengalaman yg d raih...
di sana berjumpa dgn Syeikh2 yg memegang sanad sahih dr Rasulullah saw,rugi plak x ambik,i.Allah de rezki sy akn p sana lg..i.Allah...

Tibanya d KLIA,masyaAllah..mmg panaslah,sbb kat sana'a yaman cuacanya sejuk..dan apabila kta ni mai malaysia mmg trasa terkejut dgn perubahan cuaca d msia...tp,itu bukan mnjadi pokok permasalahan...

ermm...Banyak perkara yang perlu d lakukan bila sampai,
1-pembaikan Diri
2-Dakwah
3-Kerja
3-Muraja'ah

Moga hasrat utk melakukan tercapai...

sy mnta maaflah.sbb sy bukan seorg penulis..dan tujuan d sini...sy ingin berkongsi pe yg Bermanfaat yg kta boleh d perkongsikan..agar ianya mnjadi sumber kebaikan yg mndapat ganjaran dr Allah swt...

Az-Zalzalah 99:7-8
[7]
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
[8]
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Wednesday, March 9, 2011

Catatan Ringkas Krisis Yaman


muzaharah menuntut keadilan..

Kini sebulan berlalu sejak revolusi Tunisia dan Mesir. Satu persatu negara arab timur tengah terkesan dengan perubahan 2 negara itu, kebangkitan rakyat menjatuhkan rejim yang zalim. Libya, Bahrain, Algeria, Jordan dan Maghribi antaranya. Begitu juga Yaman, rakyatnya turut serta dengan revolusi Timur Tengah.

Tunjuk perasaan daripada rakyat Yaman saban hari diadakan, tengah hari dan malam. Gerakan anti-kerajaan dan pro-kerajaan saling menarik situasi. Antara slogan yang kerap dilaungkan oleh anti-kerajaan sewaktu demo,
"rakyat mahukan kejatuhan rejim!"

"berambus Ali! dari bumi kami!"
2 gerakan, anti-kerajaan dan pro-kerajaan saling menarik situasi. Beberapa daerah telah berlaku pertumpahan darah yang mencatat angka kematian melebihi belasan orang, sejak mulanya tunjuk perasaan.
Walaupun pergolakan tidak sehebat Libya, yang angka kematiannya mencecah 2000 orang, kekhuatiran tetap ada di negara yang bebas senjata ini, sebarang kemungkinan boleh terjadi.
..ringkasan peristiwa di ibu negara..
Di Sana'a [ibu negara], kawasan strategik untuk berdemonstrasi diambil alih oleh penyokong kerajaan presiden Ali Abdullah Saleh. Antaranya Maidan Tahrir dan lapangan besar berdekatan dengan masjid Rais [masjid Presiden, terbesar dan termewah di Yaman]. Khemah2 dibina. Mereka juga dibekalkan dengan daun Qat, comforter, dan cota untuk menyuraikan pembangkang yang cuba berdemonstrasi [di Maidan Tahrir].

Oleh itu, perhimpunan anti-kerajaan beralih tumpuan dan diadakan di bandar Dairy, di hadapan Sana'a University. Juga tidak ketinggalan perhimpunan daripada penyokong kerajaan, yang diupah keluar untuk menunjuk perasaan dengan ongkos tertentu.

Beberapa hari lepas, berkesempatan untuk keluar ke bandar Dairy mendapatkan bekalan kecemasan. Jalan-jalan dipenuhi orang ramai. Jalan utama di hadapan Sana'a University di kawal rapi oleh anti-kerajaan yang sedang berdemonstrasi. Pemeriksaan dilakukan kepada setiap orang yang ingin melalui jalan itu, kami juga tidak terlepas untuk diperiksa. Sebab utama pemeriksaan diadakan untuk mencegah kemasukan pro-kerajaan yang membawa senjata. Pernah berlaku penyokong kerajaan menyusup masuk ke dalam demonstrasi anti-kerajaan dan melepas tembakan, selain terdapat polis yang menembak mesingan ke udara. Dan pada bahagian lain, penyokong kerajaan juga terlibat dalam tunjuk perasaan.
Sahabat yang lain ada menceritakan pengalaman mereka sewaktu pergi ke bandar Dairy, melihat kereta milik pro-kerajaan dibakar, kerana membawa senjata api ke kawasan demonstrasi anti-kerajaan. Juga ada solat jenazah yang dilakukan di atas jalan berturap. Pertempuran ringan seperti saling melontar batu antara pro dan anti adalah antara yang disaksikan.
..pesan kedutaan Malaysia..

Minggu lalu, terdapat perjumpaan rakyat Malaysia dengan wakil kedutaan Malaysia bertempat di rumah persatuan pelajar Malaysia.
Pesan dan garis panduan duta kepada rakyat Malaysia yang berada di Yaman :
- Jaga keselamatan, jauhkan diri daripada demo2 yang berlangsung.
-Daftar nama dengan persatuan Malaysia, untuk memudahkan perhubungan dengan keluarga kalau ada apa2 yang berlaku.
-Kalau ada apa2 yang berlaku, rakyat Yalaysia di Yaman akan berkumpul di rumah2 wakil2 kedutaan Malaysia.
-Buat masa sekarang, cukupkan bekalan asasi. Antaranya air minum, beras, minyak masak, gas, tepung, dan lain2 untuk tempoh tertentu.

-Untuk masa sekarang, keadaan di Yaman masih terkawal. Demo banyak berlaku di tempat lain. Jauh daripada tempat tinggal student. [setakat ini]
-Jika ada duit dalam bank, keluarkan. Siap sedia untuk sebarang kemungkinan.

-Semua dokumen penting mesti disimpan rapi, seperti pasport, kad pengenalan.

-Tidak menyusahkan dan merisaukan keluarga dengan khabar2 yang kurang pasti.

-Jika keadaan darurat dan memaksa untuk pulang ke tanah air, evakuasi seperti di Mesir akan dilaksanakan.


* moga segala kesulitan dirungkaikan secepat mungkin dengan izin-Nya, dan tidak berpanjangan.. wAllahu a'lam.

Dari ibnsomit.blogspot.com